Selamat Datang......

Mengenai Saya

Foto saya
Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia
Salam perkenalan semua. Saya mengajar di SK Datuk Undang Abdullah, Jelebu N. Sembilan. Mengajar di Kelas Pemulihan Khas bermula pada tahun 2008 sehingga sekarang. harapan saya semoga kita dapat bertukar-tukar pendapat di dalam blog ini. Sekian.

Jumaat, 17 Februari 2012

catatan satu

Aku dilahirkan di sebuah kampung di Rompin, sebuah daerah di negeri Pahang. Nama kampungku ialah Kampung Bangkong. Aku anak ke-enam dalam keluarga. Pada masa itu, kehidupan kami sangat susah.  Bak kata pepatah "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Ayahku yang kami panggil 'encik' hanya kerja kampung. Kalau tak ke kebun yang sekangkang kera itu, dia akan ke sungai untuk menjala ikan atau udang. Kenapa kami memanggil 'encik' untuk ayah kami? Entahlah...Kata mak itulah panggilan untuk ketua keluarga mengikut orang dulu-dulu. Zaman datuk nenek kami dulu sudah menggunakan panggilan 'encik' itu untuk ketua keluarga. Kata mak lagi, panggilan 'encik' itu akan lebih dihormati bukan sahaja dalam keluarga malah masyarakat sekeliling juga turut menghormati ayah kita. Ada benarnya kata emak itu kerana rata-rata aku dengar kanak-kanak sezaman dengan aku juga memanggil 'encik' kepada ayahku. Malah, ada juga orang dewasa sekampung denganku memanggil 'encik' kepada ayahku. Emak hanyalah suri rumah sepenuh masa. Namun begitu mak sangat rajin. Petang-petang mak suka berkebun. Mak akan pastikan dapur rumah kami berasap. Ah....Saat ni aku amat merindui emak. Aku rindu nak makan masakan mak. Aku rindu nk panggil mak.  Mak banyak mengajar aku erti kesabaran, walaupun pada masa itu aku masih kecil. Aku mempunyai 2 orang kakak, 3 orang abang dan 3 orang adik yang semuanya perempuan. Ada antara adik beradik aku yang dilahirkan rapat. Hemm...biasalah, orang kampung waktu itu nak pergi klinik ambil ubat perancang keluarga jauh. Tapi Alhamdulillah, kehidupan kami pada masa itu sangat bahagia. Ingin rasanya aku kembali ke zaman kanak-kanak. dapat bermain pondok-pondok, nyorok-nyorok, panjat pokok,  konda -kondi dan bermain baling selipar. Teringat juga pada sepupu-sepupu aku yang tinggal dekat dengan rumah aku. Izam, Ya, Pi, Rina, Cam, Zila dan ramai lagi. Rasanya aku lebih rapat dengan Ya sebab kami sebaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan