Selamat Datang......

Mengenai Saya

Foto saya
Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia
Salam perkenalan semua. Saya mengajar di SK Datuk Undang Abdullah, Jelebu N. Sembilan. Mengajar di Kelas Pemulihan Khas bermula pada tahun 2008 sehingga sekarang. harapan saya semoga kita dapat bertukar-tukar pendapat di dalam blog ini. Sekian.

Sabtu, 3 Disember 2011

AYAT SERUAN

Definisi

Ialah ayat yang bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan seperti
gembira, sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya.

1.Gambaran perasaan penutur dapat dilihat dengan penggunaan kata seru.

2.Antara kata seru yang digunakan ialah amboi, cis, wah, aduh, ah, eh, wahai dan
sebagainya.

3.Ayat seruan ini terdiri dari kata seru + ayat keterangan untuk memperlihatkan
perasaan yang dimaksudkan, secara rumusnya adalah seperti berikut :
Ayat Seruan = Kata Seruan +Ayat Keterangan

4.Biasanya ayat seruan mempunyai intonasi naik dan turun pada akhir ayat
bergantung kepada ragam perasaan yang hendak ditunjukkan.

5.Dalam penulisan, ayat seruan dapat dikenali melalui penggunaan kata seru,
contonhya :
Aduh, sakitnya perutku !
Oh, gadis manis itu rupanya !
Amboi, cantik sungguh baju baharu kamu !

Latihan Kata Seru 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1._________, indahnya pemandangan di sini!
A. Oh
B. Aduh
C. Hei
D. Wah

2._________, sakitnya tangan saya!
A. Aduh
B. Aduhai
C. Oh
D. Wah

3._________, petahnya pelajar itu berbahasa!
A. Amboi
B. Aduh
C. Cis
D. Nah

4._________, cantiknya jam tangan ini!
A. Oh
B. Wah
C. Hai
D. Aduhai

5._________, siapkan latihan inisekarang juga!
A. Oh
B. Cis
C. Nah
D. Wah

6._________, begini caranya membuat kek talam!
A. Wah
B. Oh
C. Amboi
D. Ceh

7._________, engkau telah berjaya!
A. Nah
B. Syabas
C. Amboi
D. Wah

8._________, perempuan yang tidak tahu mahu!
A. Oh
B. Wah
C. Cis
D. Hoi

9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini?
A. Aduh
B. Nah
C. Eh
D. Aduhai

10._________, rupanya kamu berdua adiki-beradik!
A. Nah
B. Cis
C. Eh
D. Syabas

Jumaat, 2 Disember 2011

kata seru

kata Seru

 

1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

4.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

Kata SeruPenggunaannyaAyat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhaiuntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
ahuntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wahuntuk menyatakan perasaan hairan atau kagum1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cihuntuk menyatakan perasaan marah dan benci1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
ehuntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
haiuntuk menegur seseorang atau menarik perhatian1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!